Hye, :)
Lama tak tgk drama tv, asyik ter-missed je.
nak share, semalam tertgk cerita ini.
dah tgk iklan, mcm menarik. tak sangka sambil lepak dpn tv terbuka tv3.
finalis anugerah skrin .
bagus gila ok cerita puan hajah sheila rusli ni.
pelakon: fasha sandha dan adik farah si pandai berlakon.
mmg byk sgt pengajaran!
sgt lah masa kini.
parents sibuk kerja, hantar anak rumah jiran.
parents sibuk kerja pon sbb nak tanggung anak tunggal sorang ni.
sbb sayang sangat..
bila dah start kerja,
percaya jiran jaga anak gadis (tadika)
mcm hantar babysit kot. sbb bayar.
last2, kena rogol dan dera oleh jiran tu.
sedihh sgt.
menyesal tak sudah.
lepas tgk cerita ini,
isnyaallah kalau ada rezeki (baby!),
nekad nak jadi ibu sepenuh masa.
jaga anak 24/7.
emmm :/
semoga termakbul doa ini.
amin. amin.amin!
sbbkan kejar harta dunia,
kita lupa tanggungjawab Allah bagi pada kita.
fasha pon ngaku dia lalai. eh?
yela, sbb dunia mcm2 menda pelik dah berlaku sekarang.
tiada yang mustahil
takut.
p/s: ok i bercerita mmg out. boleh baca sinopsis di bawah :)
Sinopsis Ku Petik Dosa
Aina dan Haris berkahwin di usia yang muda dan dikurniakan anak
perempuan, Nia Qaseh. Aina berhenti kerja dan menumpukan sepenuh
perhatian kepada Qaseh. Qaseh menjadi anak yang lincah dan manja malah
disenangi oleh jiran-jiran termasuklah Kak Sal sekeluarga. Namun apabila
usia Qaseh meningkat, Aina dan Haris tidak mempunyai wang yang
mencukupi untuk membelikan Qaseh pakaian yang berjenama dan menghantar
Qaseh ke sekolah tadika swasta. Aina mengambil keputusan untuk kembali
berkerja. Mujur mereka mempunyai jiran yang baik. Setelah mendapat
persetujuan dari suaminya, Khalid, Kak Sal mula mengasuh Qaseh.
Bermulalah kehidupan Aina dan Haris yang sibuk berkerja siang dan malam.
Malang tak berbau Khalid diberhentikan kerja dan mula cepat naik angin
apabila Kak Sal selalu berleter suruh dia cari kerja. Hubungan mereka
menjadi dingin. Kak Sal membuat kerja sampingan menjual kuih muih. Qaseh
kini lebih rapat dengan Khalid. Khalid memanjakan Qaseh hingga Qaseh
nak ditidurkan dan dimandikan oleh Khalid. Namun Khalid terlalu mengikut
nafsunya sehingga sanggup menodai kanak-kanak yang masih kecil itu.
Sehingga satu hari Kak Sal ternampak Khalid dalam keadaan yang
mencurigakan ketika menidurkan Nia. Khalid cuba menafikan perkara itu
tetapi Kak Sal menjadikan Qaseh sebagai mangsa. Aina dan Haris ternampak
kesan lebam yang terdapat pada Qaseh namun Kak Sal memberitahu dia
terjatuh, alasan biasa untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Kini, Aina disahkan mengandung anak kedua. Perwatakan Qaseh mula berubah
menjadi penyedih dan pendiam malah cepat mencebik seolah dirinya
menahan kesakitan yang amat sangat. Perubahan Qaseh itu pada anggapan
Aina dan Haris kerana merasakan dirinya tidak disayangi... Selalu bila
ibunya mengandung kononnya anak akan membawa diri dan mudah merajuk.
Keadaan Qaseh semakin teruk sehingga Qaseh selalu demam dan selalu
menjerit dalam tidurnya. Satu hari Qaseh merengek-rengek, muntah darah
dan pengsan. Panik dengan keadaan tersebut Aina yang kebetulan cuti
ketika itu membawa Qaseh ke
.
Sementara Kak Sal dan Khalid dalam ketakutan kerana perbuatan mereka.
Menyesal sekarang tiada gunanya. Khalid menyalahkan Kak Sal yang
pentingkan duit dari dirinya. Qaseh disahkan didera dan dirogol. Aina
separuh pengsan apabila berdepan dengan Kak Sal. Aina juga diberitahu
tentang banyak pendarahan di dalam tubuh Qaseh. Qaseh masih tidak
sedarkan diri. Kak Sal dan Khalid ditangkap untuk disoal siasat. Kak Sal
pada mulanya tidak mengaku menuduh suaminya yang melakukan perkara
tersebut hingga tahap sanggup merogol Qaseh. Qaseh sempat membuka mata
dan melihat kali terakhir kedua ibu bapanya sebelum menghembuskan nafas
terakhirnya disisi ibu dan ayahnya. Aina terlalu sedih kerana Qaseh
meninggalkannya dengan seribu kesakitan yang ditanggung. Aina dan Harris
rasa bersalah yang amat sangat kerana gagal menjalankan tanggungjawab
terhadap anugerah Allah untuk mereka..
No comments:
Post a Comment