Rezeki 2013

Salam,
Bagi i, rezeki bukan hanya pada duit, harta je. Rezeki ni luas.
Mak mertua i selalu sangat pesan, (sambil potong2 bawang kt dapur)
"Wa, kalau nak doa rezeki, jangan hanya doa murahkan rezeki, doa lah luaskan rezeki".
Fikir-fikir balik, betul apa kata mil.

Dapat suami yang baik, family yang bahagia, keluarga mertua yang baik, 
kesihatan yang baik, kawan2 yang baik, semua ialah rezeki bg i.

Kadang kita lupa, Allah bagi rezeki, kita tak bersyukur.
Bila Allah uji sikit, tarik rezeki, baru gelabah. kan? baik ngaku.

Pada yang tahu, i pernah lost my baby disember 2013. Proses masuk-keluar hospital lama gila kot. Sampai celebrate new year di hospital.
Alhamdulillah dah setahun dah berlalu. 
Masa tu i rasa tuhan betul-betul uji i. Dgn fizikal, mental, emosi, wang dan semua la.
I mula nekad tutup aurat betul2 lepas kejadian tu. masa di hospital :)
rasa mcm Allah boleh tarik kejap je nikmat sekarang tu.
selain tu, i dpt kenal mana orang yg betul sayang pada i. 

Tapi Alhamdulillah, semua ada hikmah :)

Rezeki 2013, i rasa tak terkira kot. 
banyak sangat tak dpt nak listkan.
I belum dikurniakan baby sebelum ni pon i rasa ada hikmahnya, 
i dpt spend time ngan husband honeymoon dulu puas-puas,
husband dpt beli landed house, boleh anak main basikal hihi
kitaorg hidup berdua skrg di shah alam :p
i dpt rasa tanggungjawab as a real wife now hihi.
Setiap hari i rasa mcm baru kawen pon ada. ok over.

Disebabkan pengalaman i tu, i makin sedar, rezeki bukan duit semata-mata.
Rezeki itu luas. Insyallah.

 




 

 

No comments:

Post a Comment